SHEIKH MASYARI

Monday, June 30, 2008

Anak Istimewa Pembawa Rezeki


Assalamualaikum...

Hari ni saya nak berkongsi suatu cerita tentang kelebihan anak istimewa. Dalam kes ni, anak saya, seorang autistik. Saya mula menyedarinya beberapa tahun ni. Saya ni tak la pandai sangat dalam pelajaran. Tetapi alhamdulillah, semua peperiksaan yang saya ambil (kecuali Peperiksaan Tahun 6) saya lulus dengan agak baik. Saya masih ingat masa nak ambil SRP. Saya belajar betul-betul beberapa minggu nak periksa sahaja. sebelum tu asyik main, berjalan...maklumlah tinggal dengan nenek. tapi bila keluar result, boleh la... dapat gred A. lepas tu SPM, STPM dan semua peperiksaan di Universiti saya lepas dengan baik. Walaupun saya tak cerdik dalam Bahasa Inggeris, tetapi kertas BI tu tak pernah ulang...kawan saya ada yang ulang tahun kerana failed BI. lepas tu ada peperiksaan lain, seperti ujian memandu, temuduga guru (KPLI) dan terakhir PTK2 yang saya ambil pada tahun 2003. first PTK. saya di antara yang lulus. dan dapat DG44 pada tahun ke 12 perkhidmatan. tak la bagus sangat, tapi nak kata ada kawan yang lebih lama servis tapi masih DG41. Sekarang ni tengah tunggu result PTK3 yang saya hadiri kursusnya pada April baru-baru ni. Resultnya belum tahu. Tapi saya sentiasa berdoa agar kejayaan yang saya dapat. ikut hati biarlah dapat IV.

Apabila saya fikir-fikir balik, mungkin ini rezeki anak autistik saya. Dia datang melalui saya. Masa saya bujang, rezeki tu datang kerana ada benihnya dalam badan saya! bila dia dah lahir, rezeki tu tetap datang kerana dia ada... cuma saya terfikir bila saya dah tak ada dalam dunia ni nanti, siapa yang akan menjaganya? saudara-saudaranya? sanggupkah mereka? kalau sanggup pun, nak ke isteri/suami mereka memeliharanya? sekali lagi saya terfikir, tentu Yang Maha Kaya sudah menentukannya. Dia yang mencipta, tentu Dia jugalah yang akan menjagaNya.

Selain itu, saya mempunyai seorang pembantu yang akan masuk tahun ke 8 bekerja dengan saya. Saya lihat, dia seorang yang sabar, tidak memukul anak saya ni walaupun kadang-kadang dia mengadu anak saya gigit, cakar, tumbuk dan macam-macam lagi. Maklumlah anak autistik. Reaksinya sukar nak diramal. Ya lah, walaupun maid saya ni kadang-kadang demand dia tinggi, tapi bila dikenang semula, memang patut dia dapat. bukan senang nak cari orang yang sanggup tinggal suami dan anak. saya dapat tahu, di Indonesia, keluarganya kira dah senang. rumah baru dan besar. perabut dah lebih hebat daripada saya sendiri. kebun/sawah dah boleh beli dengan gaji yang saya beri. gajinya sekarang saya beri RM650.00 sebulan! itu pun saya kira rezeki saya..

Dan yang paling saya harapkan, rezeki nanti di akhirat, di mana anak istimewa ni akan memberi syafaat kepada ibu bapa dan saudaranya. Ya lah, jika dilihat kepada ibadat yang dilakukan, manalah layak nikmat syurga untuk saya. Hanya rahmat Allah yang menentukannya. Mudah-mudahan Allah memperkenankannya.

Akhirnya, kepada ibu bapa terpilih seperti saya, walau jenis apa pun keistimewaan anak kita, yakinlah bahawa setiap kesulitan, di sana ada kesenangannya. itu janji Allah dalam Quran...inna maal 'usri yusran.....

wassalam...

Monday, June 9, 2008

Desa Latania







Gambar-gambar ni menunjukkan kawasan perumahan aku... kat Desa Latania, Seksyen 36 Shah Alam. Kawasan dia ok la. Nak kata cantik sangat tu takla.. tapi pada aku, kawasan ni ok. Jalan dia lebar. Kalau nak pasang khemah, kereta masih boleh lalu. lebar tu... tempat aku ni kalau engkau orang tengok, tak ada tiang letrik dengan wayar berserabut..tak ada wayar telefon kat belakang rumah. semuanya underground.... meter dia kat luar. tak payah si meter reader TNB tu nak ketuk pagar ke, guna teropong ke... harga utk bumi masa tu RM166,000.00 sahaja...lihatlah...

Bercuti Ke Port Dickson


Pada 2 Jun yang lepas, kami sekeluarga berjalan ke Port Dickson. Di sana kami menginap di Glory Beach Resort. Tempatnya bagus, ramai orang, dekat dengan pantai. tapi bilik yang kita orang duduk tu, teruk. Macam tak dijaga dengan baik. Kita orang nak cek-in cepat. Tu yang dia orang bagi bilik tu agaknya. Bilik lain belum ready katannya. Dalam hati aku kata, takkan la. Banyak bilik tu. Tapi mujur ada kolam renang. Anak-anak aku punya la suka. terutamanya si Farhan tu. Anak aku yang sorang ni special sikit. Dia mengidap autistik. Dia tersangatlah suka dengan air.... tengok la tu...

Saturday, May 24, 2008

Adik Kahwin


Hari ni, 24 Mei 2008 adik saya, Muhammad Solehan kahwin dengan pasangannya Maizatul Haiza...orang Rantau Panjang Klang. Alhamdulillah, sekali lafaz... Haiza ni anak kembar. Kedua-duanya kahwin sama...

Friday, May 16, 2008

Hari ni 16 Mei 2008, hari guru... Selamat Hari Guru kepada rakan guru seluruh malaysia. Terima kasih kepada semua guru-guru saya di SK Sri Bahagia, Parit 9 Sg. Besar, SK Jengka 10, SMA Sg. Hj. Dorani, SAMT Hisamuddin Klang, Kolej Islam Klang (sekarang KISAS), dan pensyarah-pensyarah di Akademi Islam Universiti Malaya serta para pensyarah di Maktab Perguruan Islam Bangi.Hari ni, dalam sejarah perkhidmatan saya, kena baca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) sempena hari guru... gagap juga. Saya kalau cakap tidak guna teks, ok lah juga. Tapi kalau guna teks ni, susah sikit. Kena baca ulang-ulang. Tetapi saya nak ucapkan terima kasih kepada Penyelia Petang saya sebab memberi kepercayaan kepada saya membacakan teks tersebut...Isteri saya baru mendapat keputusan kursus PTK3 yang dihadirinya pada bulan Februari yang lepas. Dia dapat iv iii. Tahniah untuknya. Saya risau ni sebab saya baru menghadiri kursus ni pada bulan April. Entah dapat apa...mintak-mintak dapat iv iv... dapat anjakan gaji. Banyak jugak. Dekat RM500... Sapa nak bagi?Doakan saya, boleh...Ya Allah berilah kejayaan cemerlang kepada hambaMu ini ya Allah...
May 16, 2008 6:21 AM